Ford EcoBoost mantap di litar

Ford EcoBoost mantap di litar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Pasukan No.01 Ford EcoBoost Riley milik pengasas bersama Chip Ganassi Racing, Felix Sabates, mencatatkan kemenangan Sabtu lepas pada Kejohanan Lone Star Le Mans IMSA Tudor United SportsCar di Litar Amerika di Austian, Texas.

Kejayaan itu adalah menghampiri kehebatan pasukan berkenaan dalam kejohanan yang sama pada 2011, apabila mereka mendominasi Prototaip berkenaan dengan sembilan kemenangan dalam 12 perlumbaan.Tanpa mencatatkan kemenangan tahun ini, pemandu Scott Pruett dan Joey Hand memandu dengan penuh cemerlang dengan mencatatkan kemenangan 16.9 saat mengatasi pemenang kedua, No.10 Konica Minolta Corvette DP dari pasukan Wayne Taylor Racing, yang dipandu oleh adik-beradik Ricky dan Jordan Taylor.

Pruett dan Hand pada awalnya bukan di kedudukan mata tertinggi, justeru, Pruett, yang merupakan juara lima kali, berkata sebelum perlumbaan, mereka berpegang kepada strategi lakukan yang terbaik demi melakar kemenangan, kerana mata bukanlah menjadi ukuran.

Kereta No.01 Ford EcoBoost Riley yang dipandu Scott Pruett dan pembantunya Joey Hand ketika beraksi di Kejohanan Lone Star Le Mans IMSA Tudor United SportsCar di Litar Amerika di Austian, Texas.
Kereta No.01 Ford EcoBoost Riley yang dipandu Scott Pruett dan pembantunya Joey Hand ketika beraksi di Kejohanan Lone Star Le Mans IMSA Tudor United SportsCar di Litar Amerika di Austian, Texas.

Perlumbaan membabitkan tempoh dua jam 40 minit itu menyaksikan pemenang kedua No. 10 membuat tiga hentian pada pit, dan pemenang tempat ketiga, No. 90 VisitFlorida.com Corvette DP yang dipandu Richard Westbrook dan Michael Valiante, membuat empat hentian. Pasukan berkenaan berlumba sebagai peneraju mata dalam Prototaip, dan di tempat ketiga membuat penyudah dengan melebarkan lagi marginnya.

Bagaimanapun ia bukan hanya strategi pintar menjadi puca kemenangan No. 01 – ia juga adalah kerana kelajuan. Setakat ini catatan pecutan Hand pada pusingan paling pantas ialah 1 minit, 58.616 saat, hampir kedua terpantas berbanding pusingan paling pantas No. 10. Meskipun tidak banyak untuk Ford raikan musim ini, namun tiada kekurangan kuasa pada masa ini.

Ini merupakan kemenangan ke-60 Pruett, meningkatkan jumlah kemenangan keseluruhannya, tetapi bukan margin ke atas tempat kedua, kerana Bill Auberlen memenangi perlumbaan ke-55 beliau di GT Le Mans class. “Saya mempunyai karier yang sungguh memberangsangkan,” kata Pruett. “Saya diberikan rahmat.”

Ketika ditanya kenapa Ford EcoBoost Riley kini amat pantas kelajuannya, Pruett berkata, “Ia hanya kerana kami belajar mengenali kereta dan enjinnya.”

ARTIKEL YANG SAMA