Ford Everest kini lebih bergaya

Ford Everest kini lebih bergaya

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Premier Automobiles Sdn Bhd kelmarin menjemput pengamal media untuk menyertai sesi uji pandu kereta Ford Everest terkini.

Sebelum sesi uji pandu bermula, Pengurus Pemasaran Premier Automobiles, Mark Paren menyampaikan taklimat ringkas mengenai kereta itu. Menurutnya, Everest yang merupakan kereta SUV dengan spesifikasi 2.2 liter TDCi Turbo Diesel menawarkan kepantasan dan prestasi menakjubkan di jalan raya.

Everest juga dilengkapi dengan teknologi canggih, reka bentuk yang menarik sama ada daripada luaran atau dalamannya, ruang dalamnya yang luas bagi muatan tujuh orang, lasak dan kukuh serta gaya premium.

Ford Everest terbaru yang dipasarkan oleh Premier Automobiles Sdn Bhd di negara ini.
Ford Everest terbaru yang dipasarkan oleh Premier Automobiles Sdn Bhd di negara ini.
Bentuk badan dari sudut belakang Ford Everest menampakkan gaya yang serba moden.
Bentuk badan dari sudut belakang Ford Everest menampakkan gaya yang serba moden.

Selain mantap dan lasak mengharungi permukaan bumi yang mencabar, Everest jimat dalam penggunaan bahan api, memiliki kekuatan ‘torsion’ bagi perjalanan yang sukar.

Mark Paren juga mempelawa orang ramai untuk mengunjungi Bilik Pameran Ford di Beribi untuk melihat sendiri kemantapan Everest dan menguji pandu kehebatannya.

ARTIKEL YANG SAMA