Ford Ranger terbaru terima anugerah ‘Trak Pikap Terbaik’

Ford Ranger terbaru terima anugerah ‘Trak Pikap Terbaik’

Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Ford Ranger terbaru telah menerima markah tertinggi daripada hakim-hakim Malaysia dan Thailand pada Anugerah Kereta Terbaik Tahunan ASEAN 2015 (ACOTY) yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

Premier Automobile Sdn Bhd (PASB) selaku pengedar jenama Ford di Brunei, semasa mengumumkan kejayaan ini dalam kenyataannya memberitahu, barisan panel hakim 2015 ACOTY terdiri daripada wartawan-wartawan permotoran dari Thailand, Indonesia dan Malaysia, serta pakar-pakar industri termasuk penginsurans dan pembekal perkhidmatan waranti pihak ketiga dari seluruh rantau ASEAN.

“Kami amat berbangga bahawa Ford Ranger baru dinamakan sebagai ‘Trak Pikap Terbaik Tahunan’ pada majlis penganugerahan Kereta Terbaik Tahunan ASEAN pertama. Kejayaan dan pengiktirafan ini benar-benar menonjolkan kelayakan ‘Built Ford Tough’ Ranger dan mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras bagaimana trak-trak pikap lain dinilai,” Presiden Ford ASEAN, Mark Kaufman dipetik sebagai berkata.

Ford Ranger yang dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) mendapat markah tertinggi pada Anugerah Kereta Terbaik Tahunan ASEAN 2015.
Ford Ranger yang dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) mendapat markah tertinggi pada Anugerah Kereta Terbaik Tahunan ASEAN 2015.

Menurut kenyataan itu lagi, anugerah ini merupakan penganugerahan ketiga bagi Ranger dalam beberapa bulan kebelakangan.

Di samping Ranger Wildtrak memenangi Trak Pikap Terbaik Tahunan pada Anugerah Kereta Terbaik Tahunan (COTY) New Straits Times-Maybank 2015, Ranger baru-baru ini dianugerahkan rating keselamatan maksimum lima bintang oleh Program Penaksiran Kereta Baru ASEAN (ASEAN NCAP) dengan jumlah mata Occupant Protection (AOP) sebanyak 15.45/16, tertinggi bagi mana-mana trak pikap di Malaysia.

Penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP itu menguatkan lagi kepimpinan keselamatan Ranger, dengan sehingga enam beg udara (tiga kali ganda lebih daripada mana-mana pikap lain di Malaysia) di samping Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan keselamatan kanak-kanak ISOFIX Ford, menjadikan Ranger satu-satunya trak pikap di negara itu yang menawarkan dua ciri keselamatan penting ini dalam semua varian.

ARTIKEL YANG SAMA