Ford tawar ganjaran menarik

Ford tawar ganjaran menarik

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 12 Okt – Ford Brunei kini kembali dengan promosi Big Deal yang menawarkan harga menarik di samping ganjaran menarik bagi setiap pembelian model Ford Figo 1.4 & 1.6, Fiesta 1.6 Sedan dan Fiesta 1.5 Hatchback, sehingga 30 Disember 2015.

Ganjaran menarik yang ditawarkan dalam promosi ini termasuk pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, Apple iPhone 6S, Samsung Galaxy Note 5 dan baucar membeli-belah.

Pengurus Operasi Premier Automobiles Sdn. Bhd, Teng Chee How, berkata ketika ini mereka berharap promosi ini akan dapat menarik lebih ramai rakyat Brunei untuk memiliki Ford, yang menurutnya kereta bertaraf dunia dengan prestasi penjimatan bahan api, keselamatan dan keselesaan yang standard.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk membeli sebuah kereta Ford dengan penjimatan hebat, dengan ganjaran yang lebih besar,” ujarnya.

Ford Brunei menawarkan promosi ‘Big Deal’ bagi setiap pembelian model terpilih sehingga hujung tahun ini.
Ford Brunei menawarkan promosi ‘Big Deal’ bagi setiap pembelian model terpilih sehingga hujung tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA