Forlan gesa Pogba, United bersabar

Forlan gesa Pogba, United bersabar

MUMBAI, 22 Sept – Bekas pemain penyerang Manchester United Diego Forlan berkata, midfield Paul Pogba hanya memerlukan masa sebelum bermula cemerlang bagi mewajarkan nilai pembeliannya yang mencatatkan rekod dunia bagi pasukan Jose Mourinho.

Forlan sekarang yang menyertai Mumbai City FC di India, melalui permulaan sukar bersama Red Devils tetapi menjadi pilihan peminat dan percaya pemain dari Perancis itu juga melaluinya.

Forlan berkata pemain tersebut yang bernilai 89 juta pound (AS$115.7 juta) yang ditandatangani dari Juventus hanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dari Itali kepada pasukan teratas Inggeris.

“Dia beraksi di England sudah tentu apabila dia muda dan memiliki kualiti, dia hanya perlukan masa dan akan beraksi dengan baik,” bintang bekas Atletico Madrid itu memberitahu AFP.

Pogba, yang memulakan kerjaya di Old Trafford sebelum menyertai semula kelab itu selepas empat tahun kejayaan dengan memenangi trofi di Turin, mempamerkan persembahan hambar pada hujung minggu ketika United mengalami kekalahan ketiga berturut-turut.

Diego Forlan ketika menyarung jersi Inter Milan pada musim Serie A 2011/12. – AFP
Diego Forlan ketika menyarung jersi Inter Milan pada musim Serie A 2011/12. – AFP

United menamatkan kekalahan berturut-turut malam semalam dengan mengatasi pasukan divisyen tiga, Northampton Town 3-1 dalam aksi Piala Liga dengan Pogba direhatkan dari skuad itu.

Mourinho dilantik menjadi pengurus United untuk memberikan cabaran gelaran Liga Perdana pertama sejak 2013, tetapi selepas lima perlawanan mereka ketinggalan enam mata di belakang pesaing Manchester City yang belum tewas.

Forlan, yang bergelut menjaringkan gol tetapi membantu kemenangan liga ketika dua musim di Manchester, tidak terkejut pasukan baru Mourinho itu masih kuat dan menggesa peminat untuk bersabar.

“Memang sukar menyesuaikan pengurus baru dengan sebahagian pemain baru,” kata pemain Uruguay itu dalam temu bual menerusi telefon dari Dubai Selasa lalu, di mana Mumbai bersedia untuk musim ketiga Liga Super India. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA