Fortescue & Vale jalin kerjasama

Fortescue & Vale jalin kerjasama

SYDNEY, 8 Mac (AFP) – Syarikat Fortescue Metals di Australia pada hari ini membuka pintu kepada usaha sama dan perjanjian pelaburan lain dengan pengeluar bijih besi terbesar dunia Vale di bawah satu perjanjian yang bertujuan memberikan khidmat kepada pelanggan China.

Tatkala harga bijih besi naik 19 peratus semalaman disebabkan prospek China akan mengamal lebih banyak langkah perangsang, Kumpulan Fortescue Metals berkata ia telah mencapai satu memorandum persefahaman dengan syarikat Brazil itu.

“Ia akan membenarkan kami bekerjasama untuk memberikan nilai jangka panjang kepada pelanggan kami, menerusi bekalan efisien gabungan bijih besi menarik dan kompetitif di China,” kata ketua eksekutif Fortescue Nev Power.

Fortescue, di mana jutawan Andres “Twiggy” Forrest merupakan pemegang saham utama, berkata memorandum persefahaman mencadangkan penubuhan satu atau lebih usaha sama untuk gabungan jumlah bijih besi tertentu daripada kedua-dua syarikat.

Kapal-kapal menunggu untuk dimuatkan barang dilihat berhampiran longgokan bijih besi di dok pemungggahan Fortescue di Pelabuhan Hedland rantau Pilbara, Barat Australia pada gambar fail 3 Disember 2013. – Reuters
Kapal-kapal menunggu untuk dimuatkan barang dilihat berhampiran longgokan bijih besi di dok pemungggahan Fortescue di Pelabuhan Hedland rantau Pilbara, Barat Australia pada gambar fail 3 Disember 2013. – Reuters

Ia juga memberikan rangka kerja untuk pelaburan berpotensi oleh Vale dalam Fortescue “menerusi pemerolehan saham minoriti di pasaran dan/atau pelaburan dalam aset perlombongan sekarang dan masa depan,” kata kenyataan.

Selepas pengumuman, Fortescue mengeluarkan satu kenyataan penjelasan, berkata memorandum persefahaman “menimbang mengadakan satu pemerolehan saham tersenarainya di antara 5 peratus dan 15 peratus, seperti yang dipersetujui di antara parti.”

Pengeluar bijih besi telah bergelut dengan kemelesetan bekalan dan kelemahan permintaan China, yang telah melihat harga bahan penghasilan keluli merosot.

Namun pasaran komoditi meningkat kelmarin dengan bijih besi melonjak 19 peratus kepada AS$63.73 pada pengumuman hujung minggu China untuk mengembangkan perbelanjaan, dengan prospek penggunaan besi meningkat merangsang bijih besi.

ARTIKEL YANG SAMA