Forum ‘Sekolahku pembentuk masa depanku’

Forum ‘Sekolahku pembentuk masa depanku’

SEKOLAH Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD) baru-baru ini telah mengadakan satu forum yang telah ditubuhkan di bawah naungan Guru Pengawas Bimbingan dan Kaunseling dan diberikan nama sebagai Pasukan Bertindak ‘A’.

Antara objektif pasukan ini adalah untuk memberi kesedaran dalam kalangan penuntut akan pentingnya kehadiran mereka ke sekolah demi mencapai prestasi dunia dan ukhrawi yang cemerlang. Menggalakkan penuntut-penuntut untuk mematuhi peraturan disiplin sekolah.

Mengenal pasti sebab-sebab dalam kalangan penuntut sekolah yang malas hadir ke sekolah. Timbulnya kesedaran yang berpanjangan kepada penuntut-penuntut sekolah tentang kesan negatif jika tidak menghadirkan diri ke sekolah dan akhir sekali ialah supaya para penuntut teraspirasi daripada penuntut mithali yang rajin datang ke sekolah.

Pasukan Bertindak ‘A’ yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan akademik SUAMRIPAD.
Pasukan Bertindak ‘A’ yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan akademik SUAMRIPAD.

Antara aktiviti Pasukan Bertindak ‘A’

Bagi memeriahkan lagi forum berkenaan, Pasukan berkenaan turut mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan membuat poster dan punch card untuk menunjukkan kepentingan hadir ke sekolah. Tajuk yang diperbincangkan dalam forum itu ialah ‘Sekolahku Pembentuk Masa Depanku’ dan antara ahli panel forum terdiri daripada tenaga pendidik di sekolah itu sendiri dan juga panel jemputan antaranya terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana, UNNISA, yang telah lulus mendapat kebenaran untuk berceramah dari MUIB iaitu Dayang Marhani binti Haji Ahmad, Tenaga Pengajar SUAMRIPAD juga selaku Guru Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Dayang Siti HurulAin Diyana @ Vienna binti Haji Abd Majid, pelajar Sarjana, UNISSA.

‘Sekolah ku Pembentuk Masa Depanku’

Di zaman teknologi ini, kepentingan untuk hadir ke sekolah perlu lebih ditekankan agar pelajar lebih cinta atau lebih suka untuk hadir ke sekolah. Kehadiran mereka ke sekolah memudahkan mereka untuk menuntut lebih banyak ilmu. Dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.” Hadis riwayat Muslim. Betapa tingginya darjat si pencari ilmu sehinggakan Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga. Pelajar yang memiliki ilmu pasti memiliki sahsiah diri yang tinggi.