Forum Tanggungjawab Sosial Korporat Asia ke-14 bermula

Forum Tanggungjawab Sosial Korporat Asia ke-14 bermula

THAILAND, 8 Sept – Forum Mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat Asia ke-14 (AFCSR) anjuran bersama Asia Inc Forum dan Institut Pengurusan Asia bermula di Bangkok, Thailand hari ini dengan tema “Unleashing Social Entrepreneurship: New Partnerships for a Better World”.

Tahun ini, kira-kira 300 delegasi daripada 23 negara menghadiri perbincangan mengenai keusahawanan, inovasi, impak pelaburan dan perkongsian kreatif.

Turut menyertai forum tersebut adalah beberapa tokoh ternama dan usahawan beraspirasi, termasuk usahawan sosial terkenal dunia, Sanjit ‘Bunker’ Roy, pengasas Barefoot College India yang membawa impak kepada lebih 3 juta orang dalam komuniti pedalaman di Asia dan Afrika, DureenShahnaz, pakar mengenai impak pelaburan dan pengasas Impact Investment Exchange Asia (IIX) Singapura, Anna Stork, pengasas bersama LuminAID Lab USA yang membawa pembaharuan dalam usaha-usaha bencana dan Mark Ruiz, pengasas bersama Hapinoy/MicroVentures Filipina dan Schwab Foundation Sosial Entrepreneur Tahunan Asia 2011.

Hadir selaku tetamu kehormat yang turut menyampaikan ucaptama dan merasmikan AFCSR serta Malam Gala Anugerah AFCSR ialah bekas timbalan perdana menteri Thailand, PridiyathornDevakula.

AFCSR akan berakhir esok dengan penyampaian anugerah berprestij tahunan Anugerah CSR Asia yang mengiktiraf program Tanggungjawab Sosial membawa kesan ke atas pemuliharaan alam sekitar, pendidikan, pembasmian kemiskinan, perkembangan kesihatan dan juga syarikat-syarikat yang menjadikan CSR sebagai strategi teras perniagaan mereka.

Sesi pembukaan mengenai Keusahawanan dan Inovasi yang menampilkan usahawan sosial global, Roy Bunker, Pengerusi Jebsen&Jessen SEA, Heinrich dan  Anna Meloto-Wilk dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Timothy Ong (kiri).
Sesi pembukaan mengenai Keusahawanan dan Inovasi yang menampilkan usahawan sosial global, Roy Bunker, Pengerusi Jebsen&Jessen SEA, Heinrich dan Anna Meloto-Wilk dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Timothy Ong (kiri).

ARTIKEL YANG SAMA