Forum tingkat kesedaran mengenai diabetes

Forum tingkat kesedaran mengenai diabetes

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia tahun ini, satu forum mengenai Diabetes dan Bulan Ramadan diadakan hari ini di Atrium Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan di sini hari ini, forum memberi kesedaran mengenai penyakit diabetes kian meningkat di negara-negara seluruh dunia termasuk di negara ini.

Pada forum hari ini, ahli panel terdiri daripada jururawat dan penjaga zat makanan yang terlibat dalam rawatan diabetes membincangkan diabetes ketika menjalani ibadat puasa dalam bulan Ramadan.

Antara tajuk yang dibincangkan termasuklah ‘Rawatan Diabetes di bulan Ramadan’ yang disampaikan oleh Jururawat Staf, Hajah Shukriah binti Haji Selamat, ‘Mengawal pemakanan sewaktu berbuka di bulan Ramadan’ oleh Pegawai Penjaga Zat Makanan, Dayang Ernie Asyura binti Hassan dan ‘Tatacara melakukan Kegiatan Fizikal di bulan Ramadan’ disampaikan oleh Jururawat Staf, Awang Noor Azwan bin Ismail.

Penyakit diabetes ini bagaimanapun boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan juga rawatan.

pg07_160530_e

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, menyemai kesedaran mengenai diabetes ini sangat penting kerana impaknya yang sangat besar kepada kesihatan dan kesejahteraan semua.

Menurut kenyataan itu, pendekatan ini sekali gus dapat membantu mengurangkan kematian pra-matang disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit selaras dengan inisiaif Matlamat Pembangunan Berdaya Tahan Global ke-3.

ARTIKEL YANG SAMA