Forum tingkat mutu pengajaran guru

Forum tingkat mutu pengajaran guru

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Feb – Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru dengan Program Pembangunan Profesional yang berterusan, Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTE Tutong) baru-baru ini telah mengadakan Forum Guru-guru.

Forum kali kedua itu telah disampaikan dalam dua kumpulan yang mana kumpulan pertama terdiri daripada Tutor mata pelajaran Kimia, Awang Onn Chee Sheng, Lim Chia Yi dan Dayang Siti Rohaini binti Mohd Salleh yang membentangkan mengenai hasil penyelidikan dan pemeriksaan ke atas skrip peperiksaan sejak bulan Jun 2014.

Sementara pembentang forum kedua iaitu Tutor mata pelajaran Ekonomi, Chong Chin Yee telah membentangkan perkara mengenai ‘Developing A-Level Students’ Capacity in Discerning Economics Data’.

Pada forum itu, Chong Chin Yee telah membincangkan mengenai kepentingan untuk mentafsir dan menganalisis data pelajar-pelajar ekonomi bagi mendapatkan markah yang tinggi.

Awang Onn Chee Sheng ketika menyampaikan pembentangan forum.
Awang Onn Chee Sheng ketika menyampaikan pembentangan forum.
Hajah Murni ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pembentang forum.
Hajah Murni ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pembentang forum.

Majlis forum diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para pembentang forum yang telah disempurnakan oleh Pengetua PTE Tutong, Dayang Hajah Murni binti Abdullah.

Antara tujuan forum itu diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada guru-guru bagi berkongsi penemuan penyelidikan dan penemuan dari bilik darjah dan menggalakkan guru-guru agar mempunyai pemikiran kritikal dalam amalan pengajaran.

Ketua Pasukan Penyiasat Bilik Darjah PTE Tutong, Awang Onn berharap forum ini akan menggalakkan lebih ramai guru-guru untuk menjadi penyelidik dalam bilik darjah di samping dapat memperbaiki amalan pengajaran bagi guru-guru.

Untuk berhubung terus dan mengikuti forum guru-guru ini, mereka bolehlah menge-melkan kepada ptettdp@gmail.com atau cheeshengonn@ptet.moe.edu.bn

ARTIKEL YANG SAMA