FOS atur pertikaian kewangan

FOS atur pertikaian kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan Peraturan Skim Ombudsman Kewangan (FOS) 2015 bagi perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan kewangan Islam telah berkuat kuasa pada 14 Sept, 2015.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, peraturan itu yang disiarkan dalam Warta pada 11 Sept, 2015, menyediakan peruntukan bagi kelulusan, pengawasan dan obligasi FOS di Malaysia.

Peraturan ini merintis jalan bagi penubuhan FOS sebagai sebahagian daripada usaha BNM untuk menambah baik pengaturan penyelesaian pertikaian kewangan bagi pengguna dan meningkatkan perlindungan pengguna.

Bank pusat berkata, cadangan rangka kerja FOS yang merangkumi skop, keanggotaan, pendanaan, tadbir urus dan proses penyelesaian telah disiarkan pada 29 Ogos, 2014, untuk mendapatkan maklum balas orang ramai dan 55 maklum balas yang diterima memperkukuh sokongan meluas terhadap cadangan tersebut.

FOS dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2016 yang mana pengguna boleh membawa pertikaian yang layak yang melibatkan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan berikut kepada FOS untuk penyelesaian.

Maklumat lanjut mengenai FOS boleh didapati daripada Peraturan dan dokumen perundingan yang terdapat di laman web Bank Negara Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA