Fosil singa marsupial ditemui di Australia

Fosil singa marsupial ditemui di Australia

SYDNEY, 26 Ogos – Seekor singa marsupial “sebesar anak kucing” yang merayau-rayau di hutan hujan Australia kira-kira 18 juta tahun lalu telah dinamakan sempena ahli alamiah veteran Britain David Attenborough.

Tinggalan fosil “microleo attenborough” ditemui di Kawasan Warisan Dunia Riversleigh – dipercayai merupakan salah satu simpanan fosil paling besar di dunia – di negeri terpencil Queensland beberapa tahun lalu oleh ahli paleontology daripada Universiti New South Wales di Sydney.

“Ia adalah kira-kira saiz tupai kelabu – mungkin lebih besar sedikit daripada anak kucing,” beritahu ahli paleontology UNSW Anna Gillespie kepada AFP pada hari ini, menambah spesis baru itu dianggarkan mempunyai berat 600 gram dan lebih kecil daripada ahli keluarga singa marsupial yang telah pupus.

“Ia mungkin hidup dan memburu di atas pokok dan mungkin memburu serangga kecil dan invertebrate kecil seperti cicak, katak dan burung,” kata beliau tentang penemuan tersebut, yang telah dibutirkan dalam jurnal Palaentologia Electronica.

“microleo attenborough” mempunyai gigi yang termasuk “premolar berbentuk bujur dan tajam di depan molar,” yang merupakan ciri-ciri karnivor marsupial lain dalam keluarga berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA