Fosil tertua dijumpai

Fosil tertua dijumpai

SYDNEY, 1 Sept – Kehidupan di Bumi adalah lebih lama dari yang kita sangkakan, menurut ahli sains Australia hari ini apabila mereka mendedahkan fosil yang berusia sejak 3.7 bilion tahun.

Struktur-struktur terfosil – dipanggil stromatolites – dipelihara dalam batu besar laman di sepanjang hujung litupan ais batu Greenland berusia 220 juta tahun lebih lama dari pemegang rekod sebelumnya. Ia membuktikan bahawa kehidupan wujud beberapa ratus juta tahun selepas Bumi wujud kira-kira 4.5 bilion tahun lalu, menurut ketua penyelidik Allen Nutman dari Universiti Wollongong.

“Penemuan ini merupakan tanda aras baru bagi bukti kehidupan di bumi yang tertua yang dipelihara,” Profesor Martin Julian Van Kranendonk, seorang pakar geologi di Universiti New South Wales dan salah seorang pengarang bersama kajian itu berkata dalam satu kenyataan.

Gambar yang disediakan oleh Allen Nutman menunjukkan batu dengan stromatolites, iaitu struktur berlapis kecil daripada 3.7 bilion tahun dahulu yang tersisa daripada komuniti mikrob purba. – AP
Gambar yang disediakan oleh Allen Nutman menunjukkan batu dengan stromatolites, iaitu struktur berlapis kecil daripada 3.7 bilion tahun dahulu yang tersisa daripada komuniti mikrob purba. – AP

“Struktur-struktur dan geokimia dari singkapan yang baru didedahkan di Greenland memaparkan semua ciri-ciri yang digunakan dalam batu-batu besar lebih muda untuk mendebatkan asal biologi. Ia merujuk kepada kewujudan pantas kehidupan di Bumi.”

Stromatolities Isua setinggi satu hingga empat sentimeter – terdedah selepas pencairan tompokan salji di Kawasan Isua Greenstone – padan dengan bukti biologi lain tentang evolusi kod genetik yang meletakkan asal usul kehidupan dalam tempoh serupa, menurut Nutman.

Dia menambah bahawa penemuan itu boleh pencarian kehidupan di Marikh, dianggap lokasi paling berkemungkinan bagi bentuk hidup microbial antara planet lain dalam sistem Solar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA