Fosun akan beli penghasil ubat India

Fosun akan beli penghasil ubat India

HONG KONG, 29 Julai – Cawangan syarikat farmaseutikal konglomerat China, Fosun merancang untuk membeli saham majoriti dalam Gland Pharma Ltd India sekitar AS$1.26 bilion, dalam apa yang dilihat sebagai pemerolehan terbesar India oleh sebuah syarikat China.

Kumpulan Farmaseutikal Shanghai Fosun yang disenarai Hong Kong akan mengambil saham sekitar 86.08 peratus dalam pembuat ubat itu jika pembelian selesai, menurut pemfailan bursa saham Hong Kong hari ini.

Ia masih lagi tertakluk kepada persetujuan pengawal atur dari pihak berkuasa di India, Amerika Syarikat, dan China, menurut pemfailan itu.

Gland Pharma, berpangkalan di bandar Hyderabad India, menganggap firma ekuiti swasta Amerika KKR dan ketua eksekutif keluarga sebagai pemegang saham terbesarnya.

Seorang lelaki berjalan melintasi bangunan ibu pejabat Fosun International di Beijing pada 29 Julai. - AFP
Seorang lelaki berjalan melintasi bangunan ibu pejabat Fosun International di Beijing pada 29 Julai. – AFP

Perjanjian itu adalah pembelian terbesar dari aset India oleh sebuah syarikat China, menurut Bloomberg.

Fosun berpangkalan di Shanghai berharap untuk melebarkan capaian globalnya dengan firma India.

Gland akan menjadi ‘platform pendaftaran dan pengilangan teras perubatan antarabangsa bagi Kumpulan Pharma,” katanya dalam satu kenyataan.

Gland Pharma merupakan pembuat ubat boleh suntik pertama India dengan kelulusan dari Pentadbiran Ubat dan Makanan AS, menurut pemfailan itu.

Fosun, salah satu kumpulan pelaburan terbesar di China, diketuai oleh jutawan Guo Guangchang – lelaki terkaya ke-19 China, menurut Forbes. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA