Fowler dikait...

Fowler dikaitkan dengan Jets

SYDNEY, 20 April – Pemain terbaik Liverpool Robbie Fowler (gambar) menyuarakan minat mengisikan kekosongan jurulatih di Newcastle Jets, Australia, kata kelab itu hari ini.

Bekas penyerang England, 42, dikaitkan dengan tugasan tersebut sejak Mark Jones dipecat hujung minggu lalu selepas Jets menamatkan musim Liga-A di kedudukan tercorot.

Ketua eksekutif Jets Lawrie McKinna berkata ejen yang mewakili Fowler telah menghubungi kelab itu serta menyerahkan namanya sebagai kemungkinan pengganti Jones.

“Saya telah menerima pendekatan dari seorang ejen yang berkata dia akan melihat minat Robbie itu,” McKinna memberitahu akhbar The Australian, dalam ulasan yang disahkan oleh pegawai kelab tersebut.

“Menarik dan kami pasti akan melihatnya. Dia memiliki profil besar dan terdapat beberapa kelebihan untuk dia berada di kelab itu.”

Fowler bukanlah asing kepada bola sepak Australia, setelah dua musim dalam Liga-A bersama North Queensland Fury dan Perth Glory. McKinna berkata menerima banyak CV jurulatih dari Australia dan luar negara.

“Banyak berminat dan itu tidak mengejutkan. Saya akan membuat senarai pendek dalam masa beberapa hari dan kemudian mengadakan perbincangan bersama (pemilik dari China) Martin Lee,” katanya. – AFP