Fowler sedia pamer belang

Fowler sedia pamer belang

AUGUSTA, 6 April – Empat kali menduduki kelompok lima terbaik pada 2014 termasuk kejayaan Kejohanan Pemain-Pemain 2015 memberi petanda yang Rickie Fowler sudah bersedia untuk langkah seterusnya dalam golf – memenangi satu lagi gelaran major.

Pemain berumur 27 tahun dari AS itu, dianggap sebagai antara pemain terbaik yang tidak pernah memenangi sebarang major, tampil dengan penuh keyakinan hasil kejayaan dalam dua musim lalu menjelang perlawanan pembukaan Masters kali ke-80 pada hari ini.

“Tahun lalu sudah pasti adalah langkah tepat bagi saya, selepas memperoleh keputusan yang baik dalam major 2014,” kata Fowler.

“Saya rasakan seperti ribut, kalah dicampurkan 2014 dan 2015, bersamaan dengan memenangi satu major, itu adalah apa yang saya saksikan.”

Fowler menempa nama pada kempen 2014 dengan berkongsi tempat kelima di Masters, kedua di Terbuka AS dan Terbuka Britain serta ketiga di Kejohanan PGA.

Fowler menjawab soalan para wartawan semasa sidang akhbar di Augusta, kelmarin. - Reuters
Fowler menjawab soalan para wartawan semasa sidang akhbar di Augusta, kelmarin. – Reuters

Hanya tiga pemain lain yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dalam kesemua empat major pada tahun yang sama – Tiger Woods, Jack Nicklaus dan juara bertahan Terbuka AS serta Masters, Jordan Spieth pada tahun lalu.

Tetapi dalam kalangan empat pemain itu, Fowler adalah satu-satunya pemain yang gagal memperoleh gelaran major.

“Sudah pasti bertanding dalam major dan berada di atas pada 2014 banyak membantu saya daripada segi keyakinan yang saya perlukan ketika bertanding dan mempunyai peluang itu tahun lalu.” – AFP