Foxconn cadang ambil alih LCD Sharp

Foxconn cadang ambil alih LCD Sharp

TOKYO, 21 Sept (AFP) – Syarikat elektronik Taiwan Foxconn telah mencadangkan untuk mengambil alih perniagaan paparan (LCD) Sharp di Jepun, lapor akhbar perniagaan Nikkei hari ini, dan telah menggesa Apple supaya menyertai perjanjian.

Di bawah cadangan baru itu, Foxconn, pembekal Apple, akan mengambil saham majoriti dalam syarikat paparan hablur cecair Sharp, kata Nikkei. Syarikat juga menggesa Apple supaya membuat satu pelaburan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicadangkan, menurut laporan.

Nikkei tidak menjelaskan butir-butir cadangan dan setakat mana pembabitan Apple. Namun ia berkata pemberi pinjaman utama Sharp telah menganggarkan operasi LCD firma bernilai kira-kira 300 bilion yen pada awal tahun ini.

Kemerosotan dalam harga paparan saiz kecil hingga sederhana untuk telefon pintar mungkin mengurangkan harga sekiranya rundingan berlarutan untuk masa yang lama, tambah Nikkei.

Foxconn, yang merupakan nama perniagaan untuk Industri Hon Hai Precision, juga telah menyatakan hasrat untuk membeli 38 peratus saham Sharp dalam kilang paparan utama yang dikendalikan bersama oleh kedua-dua firma di bandar Sakai di barat Jepun, kata Jepun.

Cadangan akan memberikan Sharp “satu peluang untuk melego operasi yang mempunyai risiko negatif,” sementara membenarkannya terbabit dalam perniagaan dan mengelak pembuangan pekerja besar-besaran, kata Nikkei.

Sharp, juga pembekal Apple dan pemimpin dalam skrin untuk telefon pintar dan tablet – telah gagal mengatasi jurang defisit bertahun-tahun lamanya, sebahagiannya disebabkan oleh kerugian besar dalam unit televisyen, yang telah dihambat oleh persaingan daripada pesaing kos rendah, terutamanya di Korea Selatan dan Taiwan.

Pengeluar jenama Aquos telah menjual aset dan menjalani penyusunan semula untuk menghapus kerugian besar. Pada awal tahun ini, Sharp berkata ia sedang memotong 10 peratus daripada 49,000 jawatan di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan.

ARTIKEL YANG SAMA