Foxes enggan lepaskan Mahrez

Foxes enggan lepaskan Mahrez

LONDON, 11 Ogos – Leicester City menjangkakan Riyad Mahrez akan kekal bersama kelab selepas pertemuan antara pengarah bola sepak, Jon Rudkin dan wakilnya, hari ini.

Juara Liga Perdana itu enggan menjual pemain Algeria berkenaan walaupun mendapat banyak tawaran daripada beberapa kelab lain.

Satu laporan mengatakan, Arsenal sanggup membayar 35 juta pounds untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun berkenaan.

Bintang pasukan juara liga musim lalu itu tidak begitu terdesak untuk meninggalkan King Power menjelang jendela perpindahan musim panas yang bakal berakhir hujung bulan ini.

Namun, setakat ini Mahrez belum menandatangani kontrak baharu yang ditawarkan Leicester sekali gus mewujudkan spekulasi perpindahan.

PSG memulakan pemburuan gelaran Ligue 1 kelima berturut-turut di Bastia esok tanpa kelibat Cavani. – AFP
PSG memulakan pemburuan gelaran Ligue 1 kelima berturut-turut di Bastia esok tanpa kelibat Cavani. – AFP

Mahrez menjaringkan 17 gol dan 11 kali membantu jaringan gol sepanjang musim lalu untuk melayakkannya dicalonkan anugerah Pemain PFA Terbaik Tahunan.

Arsene Wenger menunjukkan minat yang tinggi untuk mendapatkan Mahrez tetapi pada minggu lalu, Claudio Ranieri, menegaskan pemain Algeria itu akan kekal bersama kelab.

“Perkara ini tidak mengganggu saya. Saya cuma perlu bersuara mengenai perkara ini,” kata pengurus dari Itali ketika sidang media pada Jumaat lalu.

“Sangat penting bagi pemain saya untuk mempercayai keadaan semasa. Adalah normal jika ada pihak lain berminat mendapatkan Riyad, tetapi kami mesti fokus kepada tugas.

“Saya sudah bercakap dengannya dan saya harap dapat membantunya. Pengerusi sudah memaklumkan kepada saya sejak awal lagi…kami mahu kekalkan semua orang.

“Kante masih ada kontrak dan mahu berhijrah, tetapi pemain lain mahu kekal. Dia (Mahrez) ada baki kontrak tiga tahun. Kenapa dia perlu tandatangan?, dia duit dan segala-galanya. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA