Foxes lengkapkan keajaiban

Foxes lengkapkan keajaiban

LEICESTER, United Kingdom, 3 Mei (AFP) – Beribu meraikan dan utaan peminat bola sepak di seluruh dunia meraikan kejayaan pasukan bawahan Leicester City melengkapkan cerita dongeng dalam sejarah sukan dengan menjadi juara Liga Perdana Inggeris. Keputusan perlawanan Tottenham Hotspur yang hanya seri 2-2 menentang Chelsea lewat semalam sudah cukup bagi pesaing penyingkiran tahun lepas untuk melengkapkan gelaran selepas beraksi cemerlang di antara pasukan–pasukan yang terkenal.

Musim Leicester dengan 22 kemenangan dari 36 perlawanan dan hanya melalui tiga kekalahan bermakna mereka menjadi juara dengan hanya berbaki dua perlawanan, dengan Arsenal, Manchester City, Manchester United dan Liverpool mengekori dengan jarak jauh.

Selepas berjuang dari penyingkiran tahun lepas dan diletakkan bagi menjulang gelaran pada awal musim, pasukan kendalian Claudio Ranieri yang dimiliki oleh warga Thailand itu memberikan kejutan oleh kebanyakan sebagai yang terbesar pernah dilihat dalam sukan itu.

Jutaan peminat Leicester di seluruh dunia meraikan kejayaan pasukan mereka menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan Tottenham Hotspur dan Chelsea di Stamford Bridge berakhir dengan keputusan seri 2-2, semalam. – AP
Jutaan peminat Leicester di seluruh dunia meraikan kejayaan pasukan mereka menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan Tottenham Hotspur dan Chelsea di Stamford Bridge berakhir dengan keputusan seri 2-2, semalam. – AP

Kelab dari Midlands yang sederhana itu adalah juara baru pertama England sejak Nottingham Forest kendalian Brian Clough pada 1978, dan kebangkitan mereka dalam liga bola sepak yang banyak ditonton membolehkan mereka mendapatkan pujian di seluruh dunia.

Peminat–peminat menari dengan mengibarkan bendera berwarna biru dan putih yang membanjiri jalan–jalan raya Leicester, sementara rakaman dalam Twitter menunjukkan pasukan meraikan ketika mereka menonton perlawanan itu semalam di kediaman pemain penyerang, Jamie Vardy.

Pemain–pemain sekarang boleh bersedia bagi keraian gelaran seterusnya apabila mereka menjulangnya di Stadium King Power berikutan perlawanan pada Sabtu lalu di laman sendiri menentang Everton.