Foxes terpaksa menunggu

Foxes terpaksa menunggu

Oleh Ali Noh HM

 

MANCHESTER, 1 Mei – Kesungguhan Leicester City berhadapan dengan debaran 90 minit yang sangat berharga pada pertemuan Liga Perdana Inggeris berakhir dengan keputusan terikat sama 1-1 pada perlawanan di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

Pada babak pertama perlawanan, Manchester United mempamerkan aksi agresif apabila berjaya melonggarkan kubu pertahanan Foxes dengan jaringan Anthony Martial melalui hantaran baik dari rakan sepasukan pada minit ke-8.

Walau bagaimanapun, jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila Leicester City bangkit dari kekecewaan selepas West Morgan menyamakan kedudukan dan membuat jaringan pembukaan buat pasukannya melalui tandukan kencang selepas menerima hantaran menerusi sepakan percuma pada minit ke-17.

Aksi pemain Leicester City pada perlawanan tersebut. – AP
Aksi pemain Leicester City pada perlawanan tersebut. – AP

Leicester berhempas pulas mengekang serangan United selepas Danny Drinkwater dilayangkan kad merah pada minit ke-84. Bagaimanapun, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sehingga perlawanan tamat.

Leicester kekal di tangga teratas liga dengan 77 mata, sementara itu Manchester United berada di tangga keenam dengan mengumpul 60 mata.

Leicester perlu menunggu keputusan pasukan tangga kedua, Tottenham Hotspur yang akan berdepan Chelsea pada pagi Selasa ini sebelum berdepan Everton pada 8 Mei untuk mengesahkan kejuaraan.

ARTIKEL YANG SAMA