Francais pert...

Francais pertama kafe Thai, ChaTraMue dirasmikan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Kedai minuman yang menjual teh Thai dari Thailand, ChaTraMue kini telah membukakan cawangan francais pertamanya di Brunei yang terletak di 694@Delima.

Hadir bagi menyempurnakan majlis perasmiannya pagi tadi ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Biravij Suwanpradhes.

Semasa ditemui pihak media, Biravij Suwanpradhes menjelaskan bahawa ChaTraMue merupakan minuman yang terkenal di Thailand dan ia membawa kenangan yang manis beliau semasa zaman dahulu lagi.

Beliau melahirkan perasaan gembira kerana ChaTraMue kini boleh didapati di negara ini bagi memberikan orang ramai peluang untuk mencuba produk Thailand kerana Brunei merupakan salah sebuah negara yang mempunyai budaya kopi dan teh.

Dalam pada itu, beliau juga gembira kerana dengan produk-produk ChaTraMue yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Duta Besar Thailand (kanan) menyempurnakan perasmian kafe ChaTraMue, kelmarin.
Duta Besar Thailand (kanan) menyempurnakan perasmian kafe ChaTraMue, kelmarin.
Biravij Suwanpradhes bergambar ramai pada majlis perasmian francais pertama kafe  Thailand di Brunei.
Biravij Suwanpradhes bergambar ramai pada majlis perasmian francais pertama kafe
Thailand di Brunei.
Salah seorang kakitangan kafe ChaTraMue menunjukkan demonstrasi membuat teh Thai.
Salah seorang kakitangan kafe ChaTraMue menunjukkan demonstrasi membuat teh Thai.

Selepas memotong reben bagi merasmikan kedai berkenaan, Biravij Suwanpradhes turut menyaksikan tayangan video ChaTraMue serta demo pembuatan teh.

ChaTraMue merupakan sebuah kafe yang pakar dalam produk Thai dan antara produk yang digemari ramai di negara ini adalah Cha-Yen atau lebih dikenali sebagai Red Thai Tea.

Salah seorang wakil ChaTraMue berkata, orang ramai boleh mencuba sendiri produk asli dari Thailand di negara ini.

Kedai ChaTraMue Brunei dibukakan kepada orang ramai bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam.

ARTIKEL YANG SAMA