Francois sertai Worcester Warriors

Francois sertai Worcester Warriors

LONDON, 16 Feb – Pemain antarabangsa Afrika Selatan, Francois Hougaard menyertai Worcester Warriors bagi musim selebihnya, kelab Perdana Inggeris itu mengumumkan.

Hougaard telah memenangi 35 ‘test caps’ dan merupakan pemain ‘scrum-half’ tetapi boleh beraksi di bahagian sayap.

Pemain itu, 27, berpindah ek Sixway berikutan aksi bersama Sevens team Afrika Selatan.

“Saya tidak dapat menunggu di Aviva Premiership Rugby dan menikmati cabaran tersebut,” Hougaard memberitahu laman sesawang rasmi Warriors.

“Selepas bercakap bersama Dean (Ryan, pengarah ragbi Warriors) dan sahabat baik kepada Wynand Olivier, Worecester seperti tempat yang menarik bagi mana–mana atlet terbaik.

Francois semasa dalam satu perlawanan. Francois akan sertai Worcester Warriors bagi musim seterusnya. – Reuters
Francois semasa dalam satu perlawanan. Francois akan sertai Worcester Warriors bagi musim seterusnya. – Reuters

“Saya berharap saya boleh menambah sebahagian pengalaman kepada pasukan tersebut dan kami boleh menekankan laluan dalam perlawanan–perlawanan terakhir.”

Hougaard memulakan kerjayanya di Western Province sebelum berpindah ke Pretoria. Dia menyertai Worcester dengan dua mata di atas kelab tercorot Premiership, London Irish setelah tewas lapan perlawanan. – AFP