Frank Lampard tinggalkan NYC FC

Frank Lampard tinggalkan NYC FC

NEW YORK, 15 Nov – Bekas bintang Chelsea Frank Lampard akan meninggalkan kelab Major League Soccer New York City F.C sebaik sahaja kontraknya tamat akhir tahun ini, demikian pasukan mengumumkan seperti dipetik dari AFP semalam.

Midfield Inggeris berusia 38 tahun itu telah ditandatangani oleh skuad pengembangan liga Amerika Utara pada 2014. Beliau menjaringkan 15 gol dalam 31 penampilan, menjaringkan pasukan hatrik pertama semasa menentang Colorado Rapids 30 Julai lalu dan membantu NYC FC melangkah ke play-off buat kali pertama.

“Oleh kerana masa saya di NYC FC berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kebaikan dan sokongan yang telah mereka tunjukkan kepada saya sejak dua tahun lepas,” Lampard memberitahu laman web pasukan itu.

“Bermain bersama rakan-rakan benar-benar memberi keseronokan kepada saya. Para peminat yang menakjubkan telah memberi sokongan luar biasa. Saya benar-benar menikmati masa saya dan amat berterima kasih kerana berpeluang bermain untuk sebuah kelab besar di dalam sebuah bandar yang luar biasa.”

Menurut kenyataan akhbar Daily Mail hari ini, Chelsea akan membuat tawaran mengejut kepada Lampard untuk kembali ke Stamford Bridge sejurus bekas midfield England itu sah meninggalkan kelab New York City.

Lampard mengawal bola dalam aksi Liga Perdana bersama Man City menentang Chelsea di Stamford Bridge pada 31 Junuari 2015. – AFP
Lampard mengawal bola dalam aksi Liga Perdana bersama Man City menentang Chelsea di Stamford Bridge pada 31 Junuari 2015. – AFP

Lampard masih belum memutuskan untuk terus bermain, namun jika dia mahu menggantung butnya, Chelsea akan membuka pintu untuknya kembali ke kelab itu.

Chelsea ketika ini bersedia memberikan jawatan kepada bekas legenda kelab itu, yang memainkan peranan penting kebangkitan mereka di pentas domestik dan Eropah dengan Lampard kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 211 gol.

Kelab Barat London itu difahamkan terdesak untuk mengelak senario yang berlaku terhadap Arsenal apabila wira mereka, Patrick Vieira, yang kini mengemudikan New York City mengambil peranan selaku pengarah teknikal di Man City.

Difahamkan, Viera mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Lampard berikutan penyingkiran New York City dalam kempen play-off MLS menentang Toronto di peringkat suku akhir.

ARTIKEL YANG SAMA