Frank Ribery ...

Frank Ribery kempunan jumpa Arsenal

MUNICH, 14 Feb – Pemain sayap Bayern Munich Frank Ribery ‘tewas’ dalam usahanya untuk kembali ke dalam pasukan menjelang pertemuan menentang Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara, awal Khamis ini kerana masih dibelenggu kecederaan paha.

Kelab Jerman itu berkata, Ribery hanya melakukan larian ketika latihan, semalam dan ia masih terlalu awal selepas dia mengalami ketegangan paha kanannya ketika sesi latihan, 31 Januari lalu.

Pertahanan, Jerome Boateng juga tersisih untuk aksi pertama 16 terbaik di laman sendiri itu manakala Xabi Alonso terpaksa menghabiskan latihan semalam lebih awal kerana masalah lutut.

Juara lima kali itu pernah mengecewakan Arsenal tiga kali pada pusingan sama pada 2005, 2013 dan 2014. – AP

ARTIKEL YANG SAMA