Frank tawan fasa 17 Vuelta

Frank tawan fasa 17 Vuelta

LLUCENA, Sepanyol, 8 Sept – Mathias Frank dari Switzerland menguasai penamat kemuncak untuk memenangi peringkat ke-17 Vuelta a Espana semalam ketika pendahulu keseluruhan, Nairo Quintana masih lagi selesa di depan Chris Froome.

Frank adalah sebahagian daripada kumpulan besar yang keluar dari peloton lebih awal dalam peringkat 177.5 kilometer dari Castellon, dengan penunggan IAM Cycling berada di depan di Alto Mas de la Costa untuk menamatkan perlumbaan dengan masa catatan 4 jam 34 minit 38 saat.

Leopold Konig dari Team Sky di tempat kedua, enam saat di belakang penunggang dari Switzerland itu, sementara Robert Gesink dari Belanda bagi pasukan LottoNL-Jumbo di tempat ketiga.

Quintana dari Colombia kekal dengan 3:37 di depan juara Jelajah Perancis, Fromme sebagai empat kedudkan teratas dalam klasifikasi umum, yang melibatkan Esteban Chaves dan Alberto Contador, semuanya melepasi garisan penamat bersama-sama dalam tiga minit di belakang pemenang.

Mathias Frank merentasi garisan penamat untuk memenangi peringkat ke-17 La Vuelta selepas mengharungi laluan sejauh 173.3km dari Castellon ke Llucena, kelmarin. – AFP
Mathias Frank merentasi garisan penamat untuk memenangi peringkat ke-17 La Vuelta selepas mengharungi laluan sejauh 173.3km dari Castellon ke Llucena, kelmarin. – AFP

Frank, yang menamatkan tempat kelapan dalam Jelajah Perancis tahun lepas, mendapati dirinya berpisah daripada 28 penunggang gembira untuk melepaskan mereka pergi dengan kumpulan pendahulu tidak memberikan ancaman kepada pesaing jersi merah.

Penunggang berusia 29 tahun itu berganding bersama Dario Cataldo dari Astana untuk menjarakkan kedudukan mereka daripada penunggang lain sebelum menamatkan kategori satu pendakian yang pertama diperkenalkan dalam laluan Vuelta. – AFP