Frankfurt mangsa pertama Wolf

Frankfurt mangsa pertama Wolf

BERLIN, 17 Ogos (AFP) – Naib juara Bundesliga musim lalu, VfL Wolfsburg membuka kempen liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Eintracht Frankfurt semalam dengan semua tiga gol dijaringkan dalam pembukaan 20 minit.

Pasukan Dieter Hecking yang selesai 10 mata di belakang juara Bayern Munich musim lalu, meledak di Arena Volkswagen dengan pemain sayap Croatia Ivan Perisic dan penyerang Belanda Bas Dost meletakkan mereka 2-0.

Wolves mendapat ganjaran untuk beberapa kesabaran dengan penyerang baru Max Kruse memberikan hantaran silang cantik kepada Perisic yang menanduk masuk pada minit ke-13.

Mereka menggandakan pendahuluan empat minit kemudian selepas mengancam benteng Frankfurt dan Kruse melorongkan bola merentasi pintu gol dengan Dost menyempurnakan rembatannya dari jarak dekat.

Frankfurt bangkit dengan midfield pertahanan Stefan Reinartz mengambil kesempatan daripada beberapa pertahanan longgar Wolfsburg untuk bangkit pada minit ke-19.

Ia terbukti menjadi jaringan terakhir walaupun kedua-dua pasukan mendapat banyak peluang menarik pada babak kedua khasnya Perisic hampir-hampir menjaringkan gol.

VfB Stuttgart pula tewas 3-1 di tempat sendiri kepada Cologne apabila Anthony Modeste berjaya menyempurnakan penalti babak kedua dan Simon Zoller menggandakan pendahuluan dua minit kemudian sebelum pemain Stuttgart Daniel Didavi menjaringkan sepakan lewat penalti.

Penyerang Jepun Yuya Osako diturunkan dari bangku simpanan dan berjaya menjaringkan gol ketiga Cologne sebelum wisel penamat selepas berjaya menyempurnakan hantaran Modeste ini.