Fraser, Piercy beri cabaran sengit

Fraser, Piercy beri cabaran sengit

MIAMI, 4 Mac (AFP) – Jordan Spieth memenangi pertarungan ‘Big Three’ tetapi Scott Piercy dan Marcus Fraser yang mendahului di papan utama selepas pusingan pertama Kejohanan Cadillac di Doral, di sini awal pagi tadi.

Fokus pada Kejohanan Golf Dunia itu kepada Spieth, Jason Day dan Rory McIlroy, tiga pemain ranking teratas dunia yang diletakkan dalam satu kumpulan bagi dua pusingan awal.

Pemain nombor satu dunia, Spieth mencatat lima birdie dengan tiga bawah par 69 yang menyebabkan dia ketinggalan tiga pukulan daripada tempat teratas.

Pemain ranking ketiga, McIlroy mencatatkan 71 pada pengakhiran yang menyaksikan dia melakukan dua bogey lima di par tiga lubang kesembilan, di mana bolanya terjatuh ke dalam air.

Pemain nombor dua dunia, Day mengakhiri saingan dengan par 72 yang menyaksikan dia melakukan empat birdie dan empat bogey.

Dia kemudian dipintas rakan senegara dari Australia, Fraser yang baru memenangi Kejohanan Maybank di Kuala Lumpur, dua minggu lalu.

Fraser melakukan tujuh birdie dan berada di kedudukan baik untuk terus mendahului sebelum dia melakukan satu bogey di lubang penting, par lima lubang kelapan, yang menyebabkan dia terikat dengan pemain Amerika Syarikat, Piercy, yang mencatatkan lapan birdie untuk memperoleh enam bawah par 66.

“Kita semua tahu yang kita cuba untuk mengalahkan mereka dalam minggu-minggu seterusnya, kata Piercy sambil menambah nama-nama marquee jadi saingan bagi beliau dan Fraser. “Mereka telah membuktikannya.”

“Saya belum lagi membuktikan apa-apa dalam beberapa minggu ini,” tambah Piercy, pemilik kejuaraan tiga kali Jelajah PGA. “Tetapi apabila memulakan permainan di sana, saya merasa cukup baik.”

ARTIKEL YANG SAMA