Freshco adakan kempen derma darah

Freshco adakan kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Sebagai penghargaan kepada masyarakat tempatan di Negara Brunei Darussalam, Freshco Batu Satu telah mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di Freshco Plaza Abdul Razak, semalam.

Menurut kenyataan Freshco, kempen ini diadakan untuk mengumpulkan darah bagi membantu mereka yang memerlukannya, yang mana ramai orang di negara ini memerlukan bantuan sedemikian dan mereka yang memerlukannya dengan segera.

Jelas Freshco lagi, menurut Tabung Darah Hospital RIPAS, purata permintaan bagi bekalan darah di negara ini adalah 50 pain sehari dan antara yang kerap menggunakan darah yang didermakan berkenaan ialah pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan, wanita mengandung yang mengalami masalah sebelum, ketika atau selepas melahirkan, anak damit pra-matang dan kanak-kanak yang mengalami anemia, leukemia atau pesakit kanser dan kelecuran.

Oleh yang demikian, Freshco berhasrat untuk mengadakan kempen seumpama ini secara tetap sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya.

Salah seorang warga Freshco menderma darah dalam kempen derma darah yang diungkayahkan gedung membeli-belah itu, kelmarin.
Salah seorang warga Freshco menderma darah dalam kempen derma darah yang diungkayahkan gedung membeli-belah itu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA