Freshco teruskan kempen kedua

Freshco teruskan kempen kedua

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Menerusi penyertaan yang menggalakkan daripada kempen derma darah pertamanya pada September tahun lalu, Freshco, semalam, meneruskan lagi usahanya dengan mengadakan kempen keduanya yang berlangsung di premis perniagaan tersebut.

Menurut kenyataan Freshco, kempen yang dikendalikan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu bertujuan untuk menambah simpanan darah di negara ini.

Jelas Freshco lagi, menurut Tabung Darah Hospital RIPAS, purata permintaan bagi bekalan darah di negara ini mencecah sehingga 50 pain sehari dan sejak kempen derma darahnya yang pertama kali diadakan, mereka berjaya mengumpul lebih 60 pain darah.

Oleh yang demikian, Freshco berhasrat mengadakan kempen seperti ini secara tetap sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya.

Warga Tabung Darah Hospital RIPAS ketika mengendalikan kempen derma darah dengan kerjasama Freshco.
Warga Tabung Darah Hospital RIPAS ketika mengendalikan kempen derma darah dengan kerjasama Freshco.
Antara penderma darah yang turut menyokong kempen kali kedua Freshco ini.
Antara penderma darah yang turut menyokong kempen kali kedua Freshco ini.

ARTIKEL YANG SAMA