Frodeno juara Ironman Dunia

Frodeno juara Ironman Dunia

KAILUA-KONA, Hawaii, 12 Okt – Jan Frodeno dari Jerman memenangi Kejuaraan Ironman Dunia semalam, termasuk dengan berbasikal dalam keadaan cuaca panas terik bagi kemenangan pertamanya dalam acara itu.

Frodeno, 34, melengkapkan renang sejauh 2.4 batu di laut, 112 batu berbasikal dan maraton dengan catatan masa 8 jam, 14 minit, 40 saat. Dia berada di tempat kedua selepas berenang dan mendahului bagi 95 batu dengan berbasikal.

Dengan keadaan cuaca melebihi 120 darjah, Frodeno menamatkan acara renang dengan 50:50, tunggangan basikal dalam masa catatan 4:27:28 dan berlari 2:52:22.

“Saya mencatatkan rentak larian yang bagus, tetapi ia adalah brutal,” kata Frodeno. “Tiada berteduh sama sekali. Jika anda menaiki bukit, degupan jantung anda meningkat dan ia tidak akan kembali turun.”

Frodeno, yang berada di tempat ketiga pada tahun lepas, juga juara dunia bagi Ironman 70.3 dan memenangi pingat emas dalam Olimpik Beijing 2008.

Jan Frodeno. – AFP
Jan Frodeno. – AFP

Andreas Raelert dari Jerman di tempat kedua, dan Timothy O’Donnell menamatkan tempat ketiga.

“Setakat ini ia adalah persembahan terbaik yang saya catatkan di sini,” kata O’Donnell. “Andy seorang pesaing yang hebat. Dia datang kepada saya dengan begitu hampir dalam Energy Lab, tetapi saya mampu untuk menghindarkannya. Saya kemudian berjaya.”

Daniel Ryf dari Switzerland memenangi perlumbaan wanita bagi gelaran Ironman pertamanya.

Ryf adalah di antara wanita pertama yang keluar dari air dan menamatkan dengan masa catatan 8:57:57, lebih dari 12 minit di depan Rachel Joyce dari Britian di tempat kedua.

“Saya merasa gembira. Ia adalah hari sukar. Segalanya berjalan dengan sempurna. Saya bernasib baik dan 2 kilometer terakhir saya mengalami pancit tayar dan hanya dapat menyorongnya,” kata Ryf. “Saya meletakkannya bersama dalam persekitaran yang luar biasa.”

Liz Blatchford dari Australia di tempat ketiga dengan 9:14:52.

Setiap tahun, lebih dari 110,000 atlet berebut bagi tempat dalam acara itu. Lebih dari 2,300 atlet memulakan perlumbaan semalam. – Agensi