Froome cuba tawan Vuelta

Froome cuba tawan Vuelta

MADRID, 11 Ogos – Pemenang Jelajah Perancis Chris Froome sudah bersedia untuk mengungguli Grand Tour kedua dalam masa kurang daripada dua bulan selepas membuat keputusan untuk berlumba di Vuelta a Espana.

Froome mencatat kemenangan kedua dalam Jelajah Perancis bulan lalu dalam perlumbaan kontroversi ketika di mana pelumba berusia 30 tahun itu disiram dengan air kencing, diludah dan terus dituduh terlibat dalam doping.

Khabar angin bahawa beliau akan dimasukkan dalam barisan Team Sky semakin memuncak apabila dia tersenarai dalam skuad sementara 14 peserta untuk perlumbaan itu.

Froome muncul dua kali naib juara dalam perlumbaan tiga minggu yang di sekeliling Sepanyol pada pada 2011 dan tahun lepas apabila beliau ditewaskan oleh Alberto Contador.

Sekiranya dia menang, dia akan menyertai Jacques Anquetil (1963) dan Bernard Hinault (1978) dari Perancis sebagai pelumba yang memenangi Jelajah Perancis dan Sepanyol (Vuelta) pada tahun yang sama.

Pelumba Colombia Nairo Quintana dijangka sekali lagi memberi saingan sengit kepada Froome untuk meraih kemenangan Grand Tour ketiga dalam kerjayanya.

Pelumba Movistar menghakis pendahuluan Froome pada minggu terakhir Jelajah Perancis tetapi ketinggalan terlalu jauh selepas terjatuh pada minggu pertama.

Contador tidak akan kembali untuk mempertahankan mahkotanya tetapi perlumbaan kali ini akan disertai pemenang Jelajah Perancis 2014 Vincenzo Nibali, Alejandro Valverde dan Tejay van Garderen.

Perlumbaan 21 peringkat Vuelta bermula dengan ujian masa pasukan di Marbella pada 22 Ogos sebelum kembali ke Madrid untuk peringkat akhir tradisional melalui jalan-jalan di ibu negara pada 13 September. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA