Froome kekal jersi kuning

Froome kekal jersi kuning

PLUMELEC, Perancis, 13 Julai (AFP) – Walaupun BMC memenangi ujian masa 28km berpasukan dari Vannes ke Plumelec semalam tetapi Chris Froome mengukuhkan cengkamannya ke atas jersi kuning.

Pasukan Sky Froome mungkin mengalahkan pasukan juara dunia ujian masa tetapi kepantasan Nicolas Roche dari Ireland pada 1.7 km terakhir sudah menunjukkan penguasaan sebanyak 6.2 peratus pendakian sebelum sampai ke penamat.

Setelah memulakan pendakian 5saat di hadapan BMC, pasukan Sky terlepas kemenangan dengan hanya 0.6 saat di belakang. Froome melonjak untuk mempertahankan rakan sepasukan tetapi gagal.

Froome masih mengejar masa tiga anggota lain ‘fantastic four’ dengan juara bertahan Vincenzo Nibali pula tewas dalam sebahagian besar perlumbaan.

Pasukan Astana Nibali menduduki tempat kelima selepas ketinggalan 35sec dari BMC dan pelumba dari Itali berusia 30 tahun itu kini 2 minit 22sec di belakang Froome di tempat ke-13.

Penunggang pasukan Sky Great Britain yang dipimpin oleh Froome ketika bersaing dalam ujian masa 28km peringkat kesembilan Jelajah Perancis di antara Vannes dan Plumelec semalam. – AFP
Penunggang pasukan Sky Great Britain yang dipimpin oleh Froome ketika bersaing dalam ujian masa 28km peringkat kesembilan Jelajah Perancis di antara Vannes dan Plumelec semalam. – AFP

Nibali mengalami kekecewaan kedua menjelang rehat hari ini selepas tewas 10saat Sabtu lalu, dan beliau perlu bangkit secepat mungkin sebelum perlumbaan peringkat gunung esok.

Bekas pemenang dua kali Alberto Contador dari pasukan Tinkoff-Saxo selesai di tempat keempat pada peringkat kesembilan dengan 28sec dan pelumba Sepanyol itu menduduki tempat kelima secara keseluruhan dengan catatan 1min 03saat.

Pendaki Colombia dari pasukan Movistar Nairo Quintana yang menduduki tempat ketiga dengan perbezaan 4saat dan pemenang Giro d’Italia 2014 itu menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan dengan catatan 1min 59saat.

Tetapi Tejay Van Garderen yang mengekori Froome di Criterium du Dauphine bulan lepas menjadi tumpuan ramai dan menduduki tempat kedua secara keseluruhan dengan 12saat di belakang juara Jelajah Perancis 2013 itu.

ARTIKEL YANG SAMA