Froome persoalkan taktik Quintana

Froome persoalkan taktik Quintana

ANDORRA LA VELLA, Andorra, 12 Julai – Chris Froome dan pengurus Sky beliau Dave Brailsford telah mempersoalkan taktik ketua saingan Nairo Quintana pada Jelajah de France.

Juara bertahan Colombia mendahului 23 saat di depan dalam peringkat ke-10 semalam dari Andorra ke Revel, kembali di Perancis.

Tetapi dalam tiga peringkat gunung Pyrenean, Quintana gagal menewaskan Froome, meninggalkan Britain dan pasukannya bingung.

“Saya berminat untuk mengetahui dari beliau (mengapa beliau tidak memintas),” kata Froome, 31.

“Saya menjangkakan kejutan darinya (pada hari Ahad) dan menjaga sesuatu dalam simpanan, dan di belakang fikiran saya hanya menunggu langkah yang besar itu. Tetapi ia tidak pernah datang.”

Mungkin terdapat 12 peringkat dalam Jelajah tetapi Froome mempunyai jersi kuning dan ditetapkan untuk mempertahankannya.

Gabungan gambar yang menunjukkan (dari kiri atas ikut pusingan jam) Penunggang Australia, Richie Porte menunggang ketika hujan; Alberto Contador bersama pasukannya dalam kereta selepas berhenti; Nairo Quintana dan Porte ketika menunggang basikal ketika hujan dalam perlumbaan basikal Jelajah de France pada 10 Julai lalu dan Froome memakai jersi kuning mendahului perlumbaan secara keseluruhan. - AFP
Gabungan gambar yang menunjukkan (dari kiri atas ikut pusingan jam) Penunggang Australia, Richie Porte menunggang ketika hujan; Alberto Contador bersama pasukannya dalam kereta selepas berhenti; Nairo Quintana dan Porte ketika menunggang basikal ketika hujan dalam perlumbaan basikal Jelajah de France pada 10 Julai lalu dan Froome memakai jersi kuning mendahului perlumbaan secara keseluruhan. – AFP

“Ia benar-benar adalah tempat yang baik untuk dijadikan kenyataan pada masa ini, saya benar-benar gembira kerana mempunyai jersi kuning di atas bahu saya,” kata Froome.

“Secara taktikal, ia terpulang kepada pasukan lain sekarang untuk pergi keluar mencuba mendapatkan kembali masa mereka yang sudah hilang.”

Quintana mengakui beliau boleh kehilangan masa kepada Froome di peringkat ke-13 Jumaat lalu tetapi berkata beliau gembira dengan kedudukannya.

“Froome agak kuat, pasukannya agak kuat tetapi saya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya,” kata pemain Columbia yang berusia 26 tahun itu.

“Saya telah menjadi lebih matang. Saya harap dapat melalui dalam masa percubaan, itulah kelemahan saya jika dibandingkan dengannya.” “Kami melihat hari demi hari, saya dan pasukan mempunyai strategi lama dalam jelajah kali ini, anda tidak boleh meletakkan seluruh hidup anda kepada hanya satu hari.

“Anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan untuk melihat bagaimana pesaing anda dan di mana kemungkinan untuk lebih menonjol.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA