Froome puji bantuan rakan sepasukan

Froome puji bantuan rakan sepasukan

PAU, Perancis, 16 Julai – Chris Froome berkata, pasukannya Sky Team akan terus menjadi pelindungnya daripada asakan pasukan lawan apabila perlumbaan berbasikal Tour de France memulakan peringkat pertama di kawasan pergunungan semalam.

Froome menerajui perlumbaan dengan kelebihan tiga minit ke atas pelumba lain selepas dia memecut untuk tiba di puncak La Pierre-Saint Martin sementara pesainganya terkial-kial mengejarnya.

Penyandang juara Vincenzo Nibali hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 keseluruhan selepas ketinggalan hampir tujuh minit.

Pelumba dari Australia dan rakan sepasukan Froome, Richie Porte berada di tempat kedua dalam peringkat ke-10 yang bermula di Tarbes itu.

Froome mengakui pasukannya telah memainkan peranan dengan sebaiknya dalam perlumbaan semalam apabila melindunginya daripada dipintas oleh pelumba lawan untuk membolehkannya meraih kemenangan selesa.

Froome semasa menuruni bukit dalam satu laluan di peringkat ke-11 Jelajah dari Pau ke Cauterets di pergunungan Pyrenees semalam. – AFP
Froome semasa menuruni bukit dalam satu laluan di peringkat ke-11 Jelajah dari Pau ke Cauterets di pergunungan Pyrenees semalam. – AFP

“Kami telah belajar daripada insiden lepas dan kami akan melindungi satu sama lain. Kami telah melakukan berusaha keras selain akan membuat persiapan selama beberapa hari lagi untuk melihat berapa banyak kecemerlangan mampu diperoleh selepas ini.

“Semua pelumba dalam pasukan ini telah menunjukkan bahawa kami adalah pasukan yang kuat dalam perlumbaan kali ini,” kata pelumba dari Britain itu. – AFP