Froome tawan Jelajah Australia

Froome tawan Jelajah Australia

MELBOURNE, 9 Feb – Juara dua kali Tour de France Chris Froome memenangi Jelajah Herald Sun di hadapan rakan senegaranya dari Bri­tain Peter Kennaugh, apabila dia memenangi peringkat keempat yang juga terakhir perlumbaan itu semalam.

Pelumba Team Sky itu, yang tidak bertanding selama lima bulan sebelum ini, menang peringkat keempat sejauh 121.8 kilo­meter di Semenanjung Mornington setelah membuat gerakan solo, untuk berada 17 saat di hadapan pelumba dari Australia Damien Howson (Orica-GreenEDGE).

Pemenang emas Olimpik dan rakan sepasukannya dalam Sky, Kennaugh, yang mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas tamat tiga peringkat, menamatkan pusingan terakhir di tempat ketujuh dan kedua secara keseluruhan dalam perlumbaan yang disertainya itu.

“Rasa sungguh gembira. Saya telah berusaha keras pada musim sejuk ini, yang bukannya mudah,” kata Froome, 30, kepada Nine Network mengenai pencapaian­nya yang baik pada awal musim ini.

Froome dan Joe Cooper (Avanti IsoWhey Sport) dari New Zealand membuka jurang pendahuluan di zon pendakian kedua, dengan juara Tour de France 2013 dan 2015 itu menyerang ketika perlumbaan berbaki tiga kilometer. – AFP

Froome memegang trofi kejuaraan selepas berjaya memenangi peringkat keempat sebagai pendahulu keseluruhan untuk memenangi perlumbaan berbasikal Herald Sun Tour 2016 di Arthurs Seat, Victoria. – AFP
Froome memegang trofi kejuaraan selepas berjaya memenangi peringkat keempat sebagai pendahulu keseluruhan untuk memenangi perlumbaan berbasikal Herald Sun Tour 2016 di Arthurs Seat, Victoria. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA