Froome tawan peringkat ke-11 Vuelta

Froome tawan peringkat ke-11 Vuelta

PENA CABARGA, Espagne, 1 Sept – Chris Froome menewaskan Nairo Quintana untuk memenangi penyudah peringkat ke-11 Vuelta a Espana semalam, tetapi penunggang dari Colombia itu terus mempertahankan pendahuluan keseluruhannya.

Froome dari Britain, yang berazam untuk menjadi lelaki pertama memenangi Tour de France dan Vuelta dalam tahun yang sama sejak 1978, meneruskan penguasaannya bersama Quintana selepas menang pada peringkat ke-10 Isnin lalu.

Froome melakukan pecutan pada akhir kategori pendakian Pena Cabarga untuk memenangi peringkat sejauh 168.6 kilometer dari Colunga dalam masa catatan 3 jam 44 minit 47 saat.

Quintana menamatkan masa yang sama dengan Alejandro Valverde dari Sepanyol ketinggalan enam saat di belakang dua penunggang tersebut untuk berada di tangga ketiga.

Bagaimanapun, menerusi perbezaan empat saat dalam masa bonus diberikan bagi peringkat pertama dan kedua, Froome menambah sehingga 54 saat dengan pemegang jersi merah, Quintana dalam kedudukan keseluruhannya, dengan Valverde berada di tempat ketiga dengan 1.05 saat.

Chris Froome dipeluk oleh rakan sepasukannya pada akhir perlumbaan peringkat ke-11 Vuelta a Espana . – AFP
Chris Froome dipeluk oleh rakan sepasukannya pada akhir perlumbaan peringkat ke-11 Vuelta a Espana . – AFP

Kemenangan itu menyamai kemenangan Froome di Pena Cabarga pada peringkat ke-17 Vuelta 2011.

“Saya mendapatkan kenangan yang begitu istimewa dari 2011, tetapi hari ini, hanya untuk menambah kepada kedudukan itu adalah satu perasaan yang luar biasa,” kata pemenang Tour de France tiga kali itu.

“Sudah tentu Quintana begitu kuat pada ketika ini dan dia memiliki jersi pendahuluan. Saya hanya cuba melakukan sebanyak yang boleh setiap hari, dan berharap saya boleh menghampirinya.”

Quintana mendakwa Froome masih lagi pilihan biarpun memecut bagi jersi merah pendahuluan dengan kemenangan dalam pendakian ke Lagos de Vovadonga pada Isnin lalu.

Penunggang Movistar itu menegaskan dia memerlukan pendahuluan tiga minit menjelang uji masa 37km pada peringkat ke-19 untuk memastikan untuk terus kekal di depan bagi ke peringkat akhir di Madrid memandangkan keupayaan jauh lebih kuat penunggang dari Britain itu dalam uji masa.

“Saya mahu masa yang lebih, dia mahu masa yang lebih, ia menjadikan perlumbaan menarik. Ia adalah bagus kami berada dalam kedudukan ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA