Froome: Trebel Grand Tour tidak mustahil

LONDON, 12 Sept – Chris Froome, yang baru saja melengkapkan gelaran berganda Tour de France dan Vuelta a Espana, percaya memenangi ketiga-tiga Grand Tours pada tahun yang sama akan ‘memerlukan usaha besar’ tetapi ‘tidak ada yang mustahil’.

Froome, 32, melengkapkan kemenangan di Vuelta pada Ahad lalu untuk menjadi lelaki ketiga untuk mencapai dua kemenangan Tour-Vuelta pada tahun yang sama dan yang pertama sejak Bernard Hinault pada 1978.

Tidak terdapat seorang pun penunggang memenangi Giro-Tour-Vuelta dan sementara itu Froome merasakan ia tidak berkemungkinan, namun dia tidak percaya ia sukar dicapai.

“Saya tidak menyatakan ia mustahil,” penunggang dari British itu, juara empat kali Tour de France, memberitahu BBC Radio Four semalam.

“Tidak ada yang mustahil, tetapi pasti ia memerlukan usaha.”

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Froome selepas memenangi perlumbaan Vuelta a Espana di Madrid. – AP

Dia merasa lebih berhati-hati mengenai peluangnya untuk mengatasi rekod penunggang dari Belgium, Eddy Merckx dengan 11 kemenangan Grand Tour.

“Era yang berbeza sama sekali,” kata Froome, yang menamatkan tangga kedua di Vuelta sebanyak tiga kali (2011, 2014 dan 2016) sebelum meraih jersi merah.

Kejayaan berganda Froome hadir selepas tempoh cabaran bagi Team Sky.

Bradley Wiggins, bekas rakan sepasukan Froome, didedahkan mendapatkan keizinan untuk menggunakan corticosteroid sebelum Jelajah 2011 dan 2012, yang dimenanginya, dan Giro 2013. – AFP