Froome utamakan faktor keselamatan

Froome utamakan faktor keselamatan

VALENCE, Perancis, 20 Julai – Chris Froome mengisyaratkan dia berasa tidak boleh dikalahkan di perlumbaan basikal Jelajah Perancis dengan mendakwa bahaya terbesarnya hanyalah kemalangan.

Warga Britain yang berusia 30 tahun itu mempunyai kelebihan masa 3 minit 09 saat.

Dan walaupun perlumbaan Alps masih belum bermula, di mana Quintana boleh lagi mengatasi juara 2013 Froome, pelumba Britain itu lebih bimbang tentang faktor keselamatan.

“Setentunya di peringkat ini adalah elemen besar untuk kekal selamat,” katanya.

“Saya dalam posisi bernasib baik dan kurang bernasib baik mempunyai kelebihan tiga minit ke atas Nairo Quintana.

Froome memakai jersi kuning yang menandakan pendahulu Jelajah Perancis. - Reuters
Froome memakai jersi kuning yang menandakan pendahulu Jelajah Perancis. – Reuters

“Sudah tentu perlumbaan ini merupakan pendakian di pergunungan Alps, tetapi pada peringkat seperti (kelmarin) secara khususnya, tanggungjawab pasukan adalah untuk mengekalkan saya berada di depan, di depan sebarang pelanggaran dan isu-isu besar.

“Itulah yang berada dalam minda kami setiap hari.”

Mengelakkan dari sebarang insiden seperti kelmarin apabila Froome disimbah dengan air kencing oleh pemerhati, atau Selasa lepas apabila rakan sepasukan Richie Porte telah ditumbuk pada pendakian terakhir, juga merupakan kebimbangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA