‘Frozen’ gegar kompleks Mabohai

‘Frozen’ gegar kompleks Mabohai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – iRetailSuccess Sdn Bhd selaku pengedar francais Bossini di negara ini hari ini buat kali pertama memperkenalkan barisan pakaian kanak-kanak di bawah lesen syarikat gergasi Disney yang menampilkan watak-watak kartun yang menjadi fenomena dunia iaitu Frozen.

Tinjauan Media Permata di cawangan Bossini di Kompleks Membeli-belah Mabohai hari ini menyaksikan Bossini menampilkan pelbagai pilihan bagi kanak-kanak yang berusia di antara 3 hingga 12 tahun baik bagi lelaki ataupun perempuan.

Pelancaran produk baru Bossini itu diadakan dengan meriah apabila penganjur turut menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah istimewa bagi pengunjung yang membeli-belah di Bossini antaranya 100 pelanggan pertama mendapat minuman percuma, hadiah berupa produk Disney Tulen bagi pembelian $50 ke atas .

Antara pengunjung yang berkesempatan bergambar bersama peraga Puteri Elsa.
Antara pengunjung yang berkesempatan bergambar bersama peraga Puteri Elsa.
Gambar ramai pemenang peraduan mewarna di akhir majlis itu.
Gambar ramai pemenang peraduan mewarna di akhir majlis itu.
Peraga Puteri Elsa bersama produk Frozen yang dikeluarkan oleh Bossini di sini.
Peraga Puteri Elsa bersama produk Frozen yang dikeluarkan oleh Bossini di sini.

Selain daripada itu kanak-kanak yang datang ke sana turut diberikan peluang untuk melukis wajah dan terlibat dalam seni belon serta peraduan mewarna bagi pelanggan Bossini yang berlangsung selama sepanjang hari itu.

Pada satu sudut lain, kanak-kanak turut berpeluang untuk menyertai acara melukis yang bertemakan ‘Draw our Friend Olaf’ di atas kanvas dan turut dianjurkan permainan memetik hidung Olaf dan pemenang berpeluang menerima baucar dan produk Disney keluaran Bossini.

Kemuncak majlis adalah penampilan peraga Puteri Elsa yang menjadi tumpuan kanak-kanak serta ahli keluarga yang mengambil peluang terbaik untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Ketika ditemui hari ini, wakil jurucakap Bossini mengingatkan supaya pelanggan untuk mengenal pasti produk Bossini asli dengan melihat pelekat hologram Disney yang terdapat pada setiap produk yang dibeli.

ARTIKEL YANG SAMA