Fruitime dibuka di Times Square

Fruitime dibuka di Times Square

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Kedai jus buah-buahan dan minuman segar tempatan, Fruitime telah membuka cawangan terbarunya di Kompleks Membeli-Belah Times Square, Berakas, hari ini.

Sempena pelancaran ini, Fruitime menawarkan potongan separuh harga bagi setiap minuman bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut Pengurus Fruitime, Wilson Chieng pelancaran hari ini merupakan satu pengenalan kepada peminat dan pelanggan tetap bahawa mereka telah membuka cawangan baru di sini.

Fruitime mula beroperasi sejak 2013 dengan menyediakan minuman segar daripada buah-buahan tempatan serta yang didatangkan khas dari luar negara.

Fruitime terkenal dengan ‘Slushies dan Smoothies’ dan menurut Wilson, “kami menggunakan buah-buahan segar dan juga sayur-sayuran untuk dijadikan minuman segar dan sihat.

Pelanggan berbaris di cawangan baru Fruitime di Times Square.
Pelanggan berbaris di cawangan baru Fruitime di Times Square.

“Minuman terkenal kami atau ‘Best Selling drinks’ termasuk Avocado dan Durian Smoothie, pelanggan juga boleh mencuba hidangan utama kami ‘Sweet Corn’,” ujar Wilson.

Dengan pelancaran ini, Fruitime kini mempunyai dua cawangan, iaitu di Kompleks Abdul Razak, Jalan Gadong dan yang terbaru di Kompleks Membeli-Belah Times Square.  Fruitime Gadong dibuka bermula pukul 11:30 pagi hingga 10 malam, sementara Fruitime Times Square bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA