Fun Bee Park adakan promosi

Fun Bee Park adakan promosi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Fun Bee Park, di Batu Satu, sekali lagi memperkenalkan promosi bufet ‘Brunch’ yang mengetengahkan tema resipi kampung yang sihat untuk para pelanggannya.

Bufet ini menampilkan 13 hidangan seperti sate pisang dengan kelapa, tauhu ikan, popia Jiew Hu Char, ais krim kacang merah, kacang merah sagu, mi kolo dengan tiga jenis sos, minuman jus sihat dan bermacam-macam lagi.

Kesemua hidangan dimasak oleh cef tempatan, Wong Tiong Yeng dan, hari ini, beliau turut berkongsi resipi membuat kolo mi dengan tiga sos berbeza iaitu sos merah, sos hitam dan sos putih.

Para pelanggan yang mencuba bufet di kedai berkenaan.
Para pelanggan yang mencuba bufet di kedai berkenaan.

Para pelanggan yang menikmati hidangan bufet berkenaan hari ini juga diberikan kesempatan untuk menyaksikan dan membuat sendiri kolo mi dengan tiga sos ini.

Turut hadir bagi menceriakan majlis pagi tadi ialah Pengurus Operasi Fun Bee Park, Cecilia Lee.

Sementara itu, bulan depan, Fun Bee Park akan memperkenalkan Bufet Makanan Laut.

ARTIKEL YANG SAMA