Fun Bee Park rai Tahun Baru China

Fun Bee Park rai Tahun Baru China

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Fun Bee Park tidak ketinggalan memeriahkan Tahun Baru Cina apabila menyambutnya bersama kanak-kanak di taman aktiviti itu hari ini.

Kanak-kanak yang hadir berkongsi kegembiraan dan tuah Tahun Monyet dengan mengenakan pakaian tradisional dan berwarna merah dimeriahkan dengan aktiviti melukis dan membuat singa menggunakan kotak kadbod, surat khabar, cat akrilik dan kain yang kemudiannya digunakan untuk Tarian Singa.

Selain itu, tenaga pengajar Fun Bee Park juga menyelia sesi masakan buat kanak-kanak ini yang memasak rol tauhu berisi lobak cincang, lobak merah, ubi manis dicampurkan dengan tepung yang kemudiannya digoreng atau dikukus.

Kanak-kanak itu juga belajar memasak kek pulut yang merupakan makanan klasik Tahun Baru Cina, ditambah dengan sedikit krim dan gula Melaka.

Pengarah Kreatif Fun Bee Park, Cecilia Lee turut menceriakan kanak-kanak itu dengan pemberian angpau, satu lagi tradisi masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina.

Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan, permainan belon dan tarian singa juga dipersembahkan oleh kanak-kanak itu.

Kanak-kanak bersama tenaga pengajar mengadakan persembahan tarian singa.
Kanak-kanak bersama tenaga pengajar mengadakan persembahan tarian singa.

pg04_160209_e

Seorang kanak-kanak menunjukkan hidangan yang dimasaknya.
Seorang kanak-kanak menunjukkan hidangan yang dimasaknya.

ARTIKEL YANG SAMA