Fun Run JIS sempena Hari Keluarga

Fun Run JIS sempena Hari Keluarga

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), buat julung-julung kalinya telah mengadakan Fun Run sempena Hari Keluarga di sekolah berkenaan, semasa Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Keluarga Kebangsaan pada 3 Mei lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JIS, tumpuan utama acara itu adalah untuk meraikan Hari Keluarga dengan acara yang melibatkan semua orang.

Lebih 450 orang, daripada murid-murid taman asuhan hingga pelajar sekolah menengah JIS menyertai larian berkenaan dalam tiga kategori iaitu 1km, 3km dan 5km, yang pastinya dapat mengukuhkan lagi hubungan persahabatan sesama mereka.

JIS dalam kenyataannya, turut merakamkan penghargaan kepada Grand Motors Sdn Bhd (Mazda) dan Ambulans Jerudong Park Medical Centre (JPMC) atas sokongan mereka.

Guru-guru JIS bersedia memberi sokongan dan galakan kepada para peserta larian.
Guru-guru JIS bersedia memberi sokongan dan galakan kepada para peserta larian.
Seorang ibu dan anak lelakinya turut bersama-sama mengambil bahagian.
Seorang ibu dan anak lelakinya turut bersama-sama mengambil bahagian.
Antara anggota keluarga yang menyertai larian kategori 1km.
Antara anggota keluarga yang menyertai larian kategori 1km.

Di samping itu, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Polis Diraja Brunei atas bantuan yang diberikan dalam menutup jalan-jalan dan memastikan keselamatan para peserta.

ARTIKEL YANG SAMA