Fury, Murray calon pada saat akhir anugerah sukan BBC

Fury, Murray calon pada saat akhir anugerah sukan BBC

LONDON, 1 Dis (Agensi) – Andy Murray dan Tyson Fury tampil pada saat akhir dalam senarai anugerah Personaliti Sukan Tahunan BBC selepas masing-masing memastikan kejayaan minggu lalu.

Panel pemilihan mengadakan pertemuan pada pertengahan bulan lalu tetapi ia ditangguhkan kerana sedar Murray mampu memainkan peranan utama ketika menerajui Great Britain memenangi Piala Davis.

Fury juga disifatkan berpeluang muncul juara dunia seperti dilakukannya selepas menewaskan Vladimir Klitschko.

Kemenangan diraih itu menarik panel pemilihan untuk menambah senarai akhir kepada 12 nama berbanding hanya 10 pada sebelumnya ketika Murray dianggap pendahulu berbanding calon lain.

Tyson Fury menjadi antara calon pada saat akhir bagi anugerah Personaliti Sukan Tahunan BBC selepas menewaskan juara dunia vladmir Klitschko. – Reuters
Tyson Fury menjadi antara calon pada saat akhir bagi anugerah Personaliti Sukan Tahunan BBC selepas menewaskan juara dunia vladmir Klitschko. – Reuters

Namun Jessica Ennis-Hill kekal sebagai calon pilihan selepas meraih emas pada Heptathlon Dunia di Beijing, Ogos lalu Komitmen Muray menghadiahkan Britain kejuaraan Piala Davis pertama dalam tempoh 80 tahun.

Mo Farah dan Greg Rutherford kekal menguasai dalam acara olahraga manakala juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton turut tersenarai.

ARTIKEL YANG SAMA