Futsal Amal hari ini dan Ahad

Futsal Amal hari ini dan Ahad

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Kejohanan Futsal Amal untuk Tabung YASKA sempena Karnival @ Fiesta Kebudayaan Amal (CCFC) Institut Teknologi Brunei (ITB) 2015 akan berlangsung pada Jumaat, 2 Oktober dan Ahad, 4 Oktober 2015.

Sehubungan dengan kejohanan yang akan dijalankan di gelanggang futsal luar ITB itu, ITB selaku pihak penganjur menyeru mana-mana pasukan futsal tanah air untuk sama-sama menyertai kejohanan dengan moto “Kick-in for Charity” berkenaan.

Kejohanan dua hari dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang itu terbuka kepada lelaki yang berumur 17 tahun dan ke atas, dengan setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seramai 10 orang pemain maksimum.

Slot yang tersedia untuk kejohanan itu adalah terhad, maka pasukan-pasukan yang berminat perlu segera mendaftarkan pasukan masing-masing sebelum terlambat dengan terlebih dulu memuat turun borang pendaftara di bit.ly/1UJ3vnW.

Futsal Amal ITB sempena CCFC akan berlangsung pada 2 dan 4 Oktober ini di ITB.
Futsal Amal ITB sempena CCFC akan berlangsung pada 2 dan 4 Oktober ini di ITB.

Walaupun berkonsepkan amal, pihak penganjur tetap menyediakan hadiah kepada tiga pasukan terbaik kejohanan berupa pingat, sementara semua pemain yang menyertainya akan menerima sijil penyertaan masing-masing.

Bayaran pendaftaran bagi setiap pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan adalah sebanyak $50 sahaja, yang akan disumbangkan kemudiannya kepada YASKA.

Untuk mendapatkan keterangan dan maklumat lebih lanjut mengenai kejohanan berkonsepkan amal berkenaan, orang ramai bolehlah menghubungi Haziq di talian +673 8183384.

ARTIKEL YANG SAMA