Futsal belia masjid Daerah Temburong

Futsal belia masjid Daerah Temburong

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 7 Jun – Pasukan Masjid RPN A muncul juara setelah mengatasi sembilan pasukan lain dalam pertandingan Futsal 7 Sepasukan Keempat tahun ini.

Kejohanan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong ini dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie dan dilangsungkan di gelangang futsal, Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok Temburong dengan menggunakan sistem ‘round robin’.

Dalam pertandingan kali ini, 10 pasukan yang mewakili sembilan buah masjid, surau dan balai ibadat di daerah ini menyaksikan Pasukan RPN A berjaya mengalahkan Masjid Utama A 2-0 dan membawa pulang piala pusingan serta wang tunai, sementara Pasukan Surau KP2 mendapat tempat ketiga mengalahkan RPN B 3-2.

Hadir menyaksikan perlawanan ialah Haji Miramit bin Haji Damit, Yang Dipertua Persatuan TAFA selaku tetamu kehormat yang kemudian menyampaikan hadiah dan piala pusingan. Turut hadir Ketua Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah, para pegawai Hal Ehwal Masjid dan AJK Takmir Masjid RPN Rataie.

Ketua pasukan RPN A mewakili Masjid RPN Kampung Rataie menerima piala pusingan daripada tetamu kehormat.
Ketua pasukan RPN A mewakili Masjid RPN Kampung Rataie menerima piala pusingan daripada tetamu kehormat.

Perlawanan ini merupakan aktiviti tahunan Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong yang terbuka kepada kumpulan belia masjid daerah ini sahaja untuk menggalakkan belia remaja mendekatkan diri dengan masjid di samping mendaftar sebagai AJK Takmir di masjid masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA