Futsal Hari Keputeraan

Futsal Hari Keputeraan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 14 Julai – Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) dan Syarikat Brunei Methanol (BMC) akan menganjurkan kejohanan futsal bersama sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 bagi Daerah Belait bermula dari 23 hingga 30 Ogos 2015 di Kompleks Sukan Mumong di sini.

Kejohanan itu dibuka kepada pasukan, kelab bola sepak dan futsal, jabatan kerajaan, mukim dan kampung, maktab, sekolah menengah, persatuan belia dan syarikat swasta di Daerah Belait sahaja.

Penyertaan hanya dibuka kepada 20 pasukan dan pasukan yang terlebih dahulu menghantar borang bersama wang penyertaan $150 akan diutamakan berdasarkan peraturan siapa cepat dia dapat.

Kejohanan tersebut bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana sambutan ulang tahun Hari Keputeraan bagi Daerah Belait dan menjadikannya sebagai kejohanan berprestij bagi meningkatkan semangat kesukanan untuk memperbaiki mutu futsal di daerah ini.

Poster maklumat lanjut kejohanan futsal sempena sambutan Hari Keputeraan di Daerah Belait.
Poster maklumat lanjut kejohanan futsal sempena sambutan Hari Keputeraan di Daerah Belait.

Borang yang sudah lengkap hendaklah dikembalikan bersama bayaran penyertaan kepada Bendahari Pertubuhan Bolasepak Daerah Belait, Dayang Salwani binti Haji Ali tidak lewat daripada Hari Jumaat, 7 Ogos 2015, jam 3 petang.