Futsal mini B16 meriahkan Times Square

Futsal mini B16 meriahkan Times Square

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Puspa Soccer dengan kerjasama Timeszone Edutaintment hari ini mengadakan Kejohanan Mini Futsal bagi Pemain Bawah 16 Tahun di gelanggang futsalnya di Kompleks Membeli-belah Times Square, Berakas, di sini.

Sebanyak 10 buah pasukan menyertai kejohanan sehari itu yang mana menurut penganjur; program itu adalah pembukaan kepada satu lagi acara yang bakal diadakan pada 9 hingga 18 September bersempena dengan percutian persekolahan sedikit masa lagi.

Antara yang diadakan dalam program itu nanti ialah latihan asas bagi 10 pemain bagi setiap sesi bermula pada jam 2 petang hingga 3 petang, 4 petang sehingga 5 petang dan 7 malam sehingga 8 malam.

Gambar ramai sebahagian besar pemain yang terlibat dalam kejohanan mini itu. – Gambar Fadhil Yunos
Gambar ramai sebahagian besar pemain yang terlibat dalam kejohanan mini itu. – Gambar Fadhil Yunos