Futsal PSKK 2015 cecah separuh akhir

Futsal PSKK 2015 cecah separuh akhir

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Kementerian Kesihatan akan bertemu dengan Kementerian Pertahanan sementara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) akan menentang Kementerian Pendidikan pada peringkat separuh akhir Kategori Terbuka futsal Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2015 malam esok. Kementerian Kesihatan mengesahkan kemaraannya selepas menjuarai Kumpulan A Kategori Terbuka sementara KHEDN selaku naib juara, yang perlawanan peringkat kumpulannya baru berakhir malam tadi.

Kedua-dua pasukan mengumpul 13 mata sama dan 12 jaringan sama tetapi Kementerian Kesihatan tiada bolos berbanding empat bolos bagi KHEDN untuk Kementerian Kesihatan diumumkan selaku juara kumpulan.

Dalam aksi di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) malam tadi Kementerian Kesihatan terikat tanpa jaringan dengan KHEDN, disusuli dengan kemenangan 1-0 Jabatan Perdana Menteri (JPM ) ke atas Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan (KHELN&P).

Perlawanan ketiga menyaksikan Kementerian Perhubungan menang 3-1 ke atas Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), sementara KHEDN mencatat kemenangan 2-0 ke atas KHELN&P pada perlawanan keempat. Pada perlawanan kelima JPM seri 3-3 dengan KPSSU.

Aksi Kumpulan A Kategori Terbuka antara JPM (hitam) dengan KHELN&P malam tadi.
Aksi Kumpulan A Kategori Terbuka antara JPM (hitam) dengan KHELN&P malam tadi.