Futsal SM dan Maktab bermula

Futsal SM dan Maktab bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Perlawanan Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab kawasan zon II 2016 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan bermula kelmarin di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Dengan lapan perlawanan dalam Kategori B daripada tiga kumpulan berbeza, dua kumpulan pertama melibatkan empat buah pasukan Kumpulan A yang menyaksikan Pasukan Sekolah Menengah (SM) Sharif Ali menang 1-0 ke atas Pasukan SM Pengiran Isteri Hajah Mariam dan Pasukan SM Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah seri 0-0 dengan Pasukan SM Sayyidina Abu Bakar.

Dalam perlawanan ketiga, Pasukan SM Katok mengalahkan Pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan 4-0 dalam kumpulan C disusuli dengan kemenangan 2-0 Pasukan SM Lambak Kiri ke atas Pasukan SM Pehin Datu Seri Maharaja dalam kumpulan B.

Pasukan SM Rimba II kemudiannya mengikat Pasukan SM Rimba 1-1 dalam Kumpulan B di perlawanan kelima. Pasukan SM Pengiran Isteri Hajah Mariam mengalami kekalahan 2-0 kali kedua, kali ini kepada Pasukan SM Sayyidina Abu Bakar pada perlawanan keenam.

Pasukan SM Sultan Sharif Ali melakar kemenangan 1-0 ke atas Pasukan SM Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di perlawanan ketujuh. Sebelum perlawanan pada hari pertamanya itu diakhiri, Pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mengalahkan pasukan lawan Pasukan SM Arab Lelaki Sungai Akar 3-1. Perlawanan bakal disambung semula pada hari Selasa 19 April dengan tujuh lagi perlawanan dalam kategori B dan satu perlawanan dalam kategori C di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA